Sistem Maklumbalas Portal

MAKLUMBALAS PORTAL MINDEF (Berikan Maklumbalas Anda)


 31) SURAYA HANIM BINTI AARIF  (Rabu, 17/08/2016)

Salam. Saya memerlukan maklumat untuk rujukan bagi bekas anggota TUDM. Beliau mengatakan bahawa beliau telah bersara, tetapi saya ingin pengesahan dari pihak TUDM tentang rekod anggota ini. Boleh saya dapatkan no. telefon untuk saya hubungi? Untuk makluman tuan, beliau memohon perkerjaan dengan syarikat kami. Sekian, terima kasih.


 UKK@MinDef:

ASSALAMUALAIKUM PUAN, MOHON HUBUNGI PEJABAT TUDM DI TALIAN 03 - 2681 2412/2413. HARAP MAKLUM


 32) NUR FATIN SHAHIRAH TAJUDDIN  (Selasa, 16/08/2016)

Assalamualaikum. Saya ingin maklumkan bahawa laporan tahunan 2014 dan Anugerah Inovasi Negara 2015 (AIN) tidak dapat dimuat turun. Mohon pihak anda dapat menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.


 UKK@MinDef:

TERIMA KASIH DIATAS MAKLUMAN PUAN, PERKARA INI AKAN DIAMBIL TINDAKAN.


 33) MOHAMAD SAIFULLAH BIN MAT HASSA  (Selasa, 16/08/2016)

Assallamualaikom dan selamat petang sy adalah seorang tentera yg berkhidmat 1 tahun 3 bulan ada x cara untuk berhenti dari perkhidmatan awal dari yang sepatutnya


 UKK@MinDef:

ASSALAMUALAIKUM ENCIK, NEGARA MALAYSIA MEMERLUKAN WARGANYA UNTUK MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN SERTA MARUAH TANAH AIR. SEKIRANYA SAUDARA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENAMATKAN PERKHIDMATAN AWAL, NEGARA AKAN KEHILANGAN SEORANG WIRA YANG MEMPUNYAI SEMANGAT PATRIOTIK SEPERTI ENCIK. MINTA BERHUBUNG DENGAN PASUKAN DAN BERBINCANG MENGENAI KEPUTUSAN ENCIK INI. HARAP MAKLUM.


 34) SUBASH A/L MATHAVAN  (Selasa, 16/08/2016)

Salam Sejahtera Tuan/Puan, saya sudah mendaftar JOM MASUK TENTERA tetapi link password masih tidak masuk didalam account yahoo mail saya jadi Saya cuba daftar sekali lagi..tetapi ia dikatakan nom ic saya sudah diwujud.Saya harap Tuan/Puan sudi membantu saya . Terima Kasih :)


 UKK@MinDef:

MOHON HUBUNGI SEL PENGAMBILAN-CAWANGAN KHIDMAT TENTERA DI TALIAN: TEL: 03-2071 3807/4254/4523/4258/4653/3926


 35) OOI TIEW CHENG  (Isnin, 15/08/2016)

Salam, cuma nak dapat info, kalau syarikat nak beli Ammonium Nitrate, adakah mesti berdaftar dengan Min Def? Bahagian mana kena saya rujuk? Terima kasih


 UKK@MinDef:

SALAM 1 MALAYSIA, MOHON RUJUK PERKARA INI KE PDRM. HARAP MAKLUM.


 36) NORAZMAN ABD GHANI  (Isnin, 15/08/2016)

Saya mohon bertanya adakah askar kehormat yang menganggotai Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah yang tempoh perkhidmatan dalam sektor awamnya sudah melebihi 12 tahun layak atau secara automatik boleh memakai Pingat Perkhidmatan Am?


 UKK@MinDef:

ASSALAMUALAIKUM TUAN, MOHON HUBUNGI BAHAGIAN PERKHIDMATAN ANGGOTA -CAWANGAN KHIDMAT AM DI TALIAN 03-2071 2918/2362


 37) SYATIZAM BIN SAMSUDIN  (Sabtu, 13/08/2016)

Salam... ingin mintak penjelasan lebih tepat anggota yang berhenti di para( j) tidak layak menerima buku merah sekiranya benar apakah sebab yang anggota tersebut tidak layak mendapat buku merah. Sedangkan anggota tersebut bekas anggota tentera. Terima kasih


 UKK@MinDef:

ASSALAM SAUDARA, MOHON BERHUBUNG TERUS KE KAUNTER JRP ATAU MENGHUBUNGI 03-2071 2932 UNTUKSEBARANG PERTANYAAN LANJUT. HARAP MAKLUM.


 38) MUHD NASRULLAH BIN RABAIE  (Jumaat, 12/08/2016)

Saya amat berminat mengikuti angkatan tentera darat dan pernah mengikuti latihan asas di pusasda port dickson selama 5 hari semasa tingkatan 4 anjuran bersama kementerian pertahanan.. saya bercadang utk pergi temuduga selepas spm..tetapi ukuran tinggi saya tidak mencukupi beberapa inchi. Adakah ada pertimbangan sekiranya tinggi saya tak mencukupi..


 UKK@MinDef:

MOHON KE LINK BERIKUT UNTUK SEBARANG PERTANYAAN/RUJUKAN/SEMAKAN BERKAITAN PENGAMBILAN: HTTP://ARMY.MOD.GOV.MY (PORTAL RASMI TENTERA DARAT MALAYSIA). EMEL: AKH.DIT@MOD.GOV.MY. @ WWW.FACEBOOK.COM/PORTALTD. NO TEL: 03-2071 4258 / 4254 / 3807 / 4523. SEL PEMILIHAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT, CAWANGAN SUMBER MANUSIA, MARKAS TENTERA DARAT 2, KEMENTERIAN PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR TEL: 03-2071 3807/4254/4523/4258/4653/3926 ATAU LAYARI LAMAN WEB: HTTP://ARMY.MOD.GOV.MY WWW.MOD.GOV.MY HARAP MAKLUM.


 39) NIK ZAMRI BIN ISMAIL  (Jumaat, 12/08/2016)

XBOLEH MASUK UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG DI SISTEM JOM MASUK TENTERA DAN TIDAK BOLEH HANTAR BORANG KERANA SISTEM MENYATAKAN KEPUTUSAN AKADEMIK TIDAK LENGKAP SEDANGKAN SEMUA DAH LENGKAP DI ISI.DAN MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DAPAT DIHANTAR.SEDANGKAN DAH BERPULUH- PULUH KALI CUBA MASIH JUGA SAMA.DAN SLEPAS ITU KELUAR SISITEM ERROR.SAYA BERHARAP MASALAH INI DAPAT DIATASI AGAR SAYA DAPAT MENGISI JAWATAN KOSONG YANG TERDAPAT DALAM SISITEM JOM MASUK TENTERA SEBELUM TARIKH TUTUP KEKOSONGAN YANG ADA


 UKK@MinDef:

MOHON HUBUNGI SEL PENGAMBILAN-CAWANGAN KHIDMAT TENTERA DI TALIAN: TEL: 03-2071 3807/4254/4523/4258/4653/3926


 40) TRACE ASOI  (Jumaat, 12/08/2016)

Saya sudah pun memohon menjadi pendaftar baru di Jom masuk tentera namun email yang saya masukkan itu tidak aktif. Bagaimana saya ingin menukar email yang saya masukkan agar supaya saya dapat ID dan kata laluan saya.


 UKK@MinDef:

MOHON HUBUNGI SEL PENGAMBILAN-CAWANGAN KHIDMAT TENTERA DI TALIAN: TEL: 03-2071 3807/4254/4523/4258/4653/3926


<< 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 100 101 102 103 104 105 106 107 108 109 110 111 112 113 114 115 116 117 118 119 120 121 122 123 124 125 126 127 128 129 130 131 132 133 134 135 136 137 138 139 140 141 142 143 144 145 146 147 148 149 150 151 152 153 154 155 156 157 158 159 160 161 162 163 164 165 166 167 168 169 170 171 172 173 174 175 176 177 178 179 180 181 182 183 184 185 186 187 188 189 190 191 192 193 194 195 196 197 198 199 200 201 202 203 204 205 206 207 208 209 210 211 212 213 214 215 216 217 218 219 220 221 222 223 224 225 226 227 228 229 230 231 232 233 234 235 236 237 238 239 240 241 242 243 244 245 246 247 248 249 250 251 252 253 254 255 256 257 258 259 260 261 262 263 264 265 266 267 268 269 270 271 272 273 274 275 276 277 278 279 280 281 282 283 284 285 286 287 288 289 290 291 292 293 294 295 296 297 298 >>

Kembali