Sistem Maklumbalas Portal

MAKLUMBALAS PORTAL MINDEF (Berikan Maklumbalas Anda)


 191) MUHAMMAD IZZUDIN BIN RUSLAN  (Sabtu, 12/07/2014)

Assalamualaikum sy tlh mmbuat semakan lulus pringkat akhir namun nama sy dsenaraikan sbagai calon smpanan. Soalan sy bilakah calon simpanan akn d panggil dan berapa lamakah tempoh sah laku calon smpanan sehingga tamat tempoh? Terima kasih.


 UKK@MinDef:

MOHON KE LINK BERIKUT UNTUK SEBARANG PERTANYAAN/RUJUKAN/SEMAKAN BERKAITAN PENGAMBILAN: HTTP://ARMY.MOD.GOV.MY (PORTAL RASMI TENTERA DARAT MALAYSIA). EMEL: AKH.DIT@MOD.GOV.MY. NO TEL: 03-2071 4258 / 4254 / 3807 / 4523. HARAP MAKLUM.


 192) ZAIDI BIN MAT RIFIN  (Jumaat, 11/07/2014)

Saya ingin memohon untuk mendapatkan no telefon pegawai dari Unit Inovasi MINDEF. No yang dipaparkan pada direktori tidak dapat dihubungi. Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai.


 UKK@MinDef:

SALAM SAUDARA. TELEFON MINDEF MENGALAMI KEROSAKAN KECIL PADA MINGGU LEPAS. NAMUN, PERKARA TERSEBUT TELAH DIATASI OLEH PIHAK TELEKOM MALAYSIA. NOMBOR TELEFON PADA DIREKTRORI/PORTAL UNTUK UNIT INOVASI BOLEH DIGUNAKAN MULAI SEKARANG. HARAP MAKLUM


 193) ZACKIUS AMEN  (Khamis, 10/07/2014)

salam sejatera tuan....saya nak tanya bila ada kerahan untuk askar wataniah tahun 2014 ne...mohon penjelasan.....terima kasih...


 UKK@MinDef:

MOHON KE LINK BERIKUT UNTUK SEBARANG PERTANYAAN/RUJUKAN/SEMAKAN BERKAITAN PENGAMBILAN: HTTP://ARMY.MOD.GOV.MY (PORTAL RASMI TENTERA DARAT MALAYSIA). EMEL: AKH.DIT@MOD.GOV.MY. NO TEL: 03-2071 3332 / 2283 / 2281 / 3330 / 3346 / 4401 / 2306. NO FAKS: 03- 2698 9235. HARAP MAKLUM.


 194) MUHAMAD FAEZ BIN ABD HAZIZ  (Khamis, 10/07/2014)

Salam 1malaysia..saya ingin mengetahui ada kah saya layak ke pemilihan akhir atm pada tahun ini...


 UKK@MinDef:

SALAM SAUDARA, MOHON SEMAK STATUS KELAYAKAN SAUDARA DI LAMAN WEB TENTERA DARAT MALAYSIA PADA MINGGU HADAPAN. HARAP MAKLUM


 195) MUHAMMAD NUR FIRDAUS BIN MOHAMAD SUHAIMI  (Rabu, 09/07/2014)

Assalamualikum,saya ingin bertanya bila pengambilan tldm untuk tahun 2015 dan boleh ke saya hantar resume kepada unit bahagian Sel Promosi Kerjaya dan Pengambilan LLP Cawangan Pengurusan Sumber Manusia - Bantuan Wisma Pertahanan Jalan Padang Tembak 50634 KUALA LUMPUR untuk pengambilan pada tahun 2015,sekian


 UKK@MinDef:

SALAM SAUDARA FIRDAUS. UNTUK PENGETAHUAN SAUDARA, PERMOHONAN KEMASUKAN KE LASKAR MUDA TLDM SIRI 211/14 DIRANCANG PADA PENGHUJUNG BULAN OGOS 2014 DAN TARIKH ANGKAT SUMPAH ADALAH PADA 22 DIS 14. SAUDARA BOLEH MENGHANTAR RESUME LENGKAP BESERTA SALINAN DOKUMEN PERIBADI KEPADA PIHAK KAMI DI ALAMAT BERIKUT: SEL PROMOSI KERJAYA DAN PENGAMBILAN LLP CAWANGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA – BANTUAN WISMA PERTAHANAN JALAN PADANG TEMBAK 50634 KUALA LUMPUR SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ADALAH SEPERTI DALAM PORTAL TLDM (WWW.NAVY.MIL.MY). SEBARANG KEMUSYKILAN SAUDARA BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN BAHAGIAN INI DI TALIAN 03-20713177/6925. PIHAK TLDM MENGUCAPKAN RIBUAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA KERANA MEMILIH TLDM SEBAGAI PROFESION PILIHAN SAUDARA DAN MENDOAKAN KEJAYAAN SAUDARA DALAM PEMILIHAN LM TLDM SIRI 211/14.


 196) MUHAMMAD IZZUDIN BIN RUSLAN  (Rabu, 09/07/2014)

ASsalamualaikum sy tlh mghadiri dan mjalani kesemua ujian pmilihan akhir pd 3.6.2014 d KEM WARDIEBURN. Shingga kini tiada kata putus drpd pihak kementah dan sistem semakan lulus peringkat akhir tiada d dlm rekod. Harap pihak tuan dpt mmberi jawapan. Terima kasih.


 UKK@MinDef:

SALAM SAUDARA, PIHAK ADMIN TELAH MENGHUBUNGI CSM TENTERA DARAT CAWANGAN PENGAMBILAN PERAJURIT DAN MEREKA MEMAKLUMKAN SEMAKAN BOLEH DIBUAT MULAI MINGGU KETIGA BULAN JULAI. MOHON AGAR SAUDARA DAPAT MEMBUAT SEMAKAN STATUS TERSEBUT PADA MINGGU HADAPAN. HARAP MAKLUM


 197) MUHAMMAD NUR AIMAN BIN MAT NASIR  (Selasa, 08/07/2014)

Salam...saya adalah pekerja sektor kerajaan.lelaki yang bekerja sebagai jururawat u29.baru setahun bekerja.amat berminat menyertai kor kesihatan..minta pertolongan pihak tuan/ puan mengemukakan cadangan bagaimana caranya saya boleh menyertai kor kesihatan ini.kelulusan diploma.bekerja di pusat perubatan universiti malaya.sekian


 UKK@MinDef:

PENGAMBILAN JURURAWAT KOR KESIHATAN DIRAJA DIBUKA KEPADA SEMUA PEMOHON YANG MEMILIKI DIPLOMA DALAM SEMUA BIDANG DARI INSTITUSI IPTA DAN IPTS. PENGAMBILAN AKAN DIBUKA 2 KALI SETAHUN IAITU PADA BULAN APRIL DAN SEPTEMBER SETIAP TAHUN SECARA WALK- IN DITEMPAT TEMUDUGA YANG BERDEKATAN DENGAN TEMPAT ANDA. IKLAN PENGAMBILAN AKAN DISIARKAN DI AKBAR-AKBAR TEMPATAN. HARAP MAKLUM


 198) ERLINA  (Isnin, 07/07/2014)

Would like to invite your officer/veteran to give a lunch talk session in conjunction with National Day. Is it possible?


 UKK@MinDef:

PLEASE CALL PRO JABATAN HAL EHWAL VETERAN 0163425778 MR. TENGKU BADLI


 199) FARHANA RAHIMI  (Isnin, 07/07/2014)

Adakah permohonan kerja bagi penjawat awam boleh dihantar terus ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan?


 UKK@MinDef:

SEBARANG URUSAN PENGAMBILAN BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN AWAM DI KEMENTERIAN INI DIURUSKAN OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA). PIHAK PUAN BOLEHLAH MELAYARI LAMAN WEB SPA IAITU WWW.SPA.GOV.MY BAGI URUSAN PERMOHONAN JAWATAN DI DALAM SEKTOR AWAM. SEBARANG PERTANYAAN LANJUT PIHAK PUAN BOLEH MENGHUBUNGI SPA MENERUSI TALIAN 03-8885 6000. BAGI URUSAN PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI SAMBILAN HARIAN (PSH), PEMOHON BOLEH MENGEMUKAKAN PERMOHONAN LENGKAP KEPADA BPSM. JAWATAN AKAN DITAWARKAN BERDASARKAN KEPERLUAN PIHAK KEMENTERIAN. SEBARANG PERTANYAAN LANJUT PIHAK PUAN BOLEH MENGHUBUNGI CAWANGAN KHIDMAT AWAM DITALIAN 03-20715043/6650.


 200) JAYA  (Isnin, 07/07/2014)

Salam sejahtera. Saya ingin bertanya samada ATM ada menaja kursus masters in orthodontics bagi pegawai Pergigian


 UKK@MinDef:

SALAM SEJAHTERA SAUDARA JAYA. BUAT MASA INI PIHAK ATM TIDAK MENAJA KURSUS TERSEBUT.


<< 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 100 101 102 103 104 105 106 107 108 109 110 111 112 113 114 115 116 117 118 119 120 121 122 123 124 125 126 127 128 129 130 131 132 133 134 135 136 137 138 139 140 141 142 143 144 145 146 147 148 149 150 151 152 153 154 155 156 157 158 159 160 161 162 163 164 165 166 167 168 169 170 171 172 173 174 175 176 177 178 179 180 181 182 183 184 185 186 187 188 189 190 191 192 193 194 195 196 197 198 199 200 201 202 203 204 205 206 207 208 >>

Kembali