Sistem Maklumbalas Portal

MAKLUMBALAS PORTAL MINDEF (Berikan Maklumbalas Anda)


 1) MUHAMMAD HARIZ BIN AZIZ   (Khamis, 23/10/2014)

Salam.terima kasih atas nasihat tuan..saya akan berusaha lagi....saya akan mencuba dan terus mencuba untuk menjadi askar..


 UKK@MinDef:

MANTAP!! TERUSKAN PERJUANGAN ANDA.


 2) LUTFI HANIS  (Khamis, 23/10/2014)

Assalamualikum.. saya nak tanya? jika saya nak join TUDM tetapi saya ada parut operation appendix adakah masih berpeluang. Terima Kasih.


 UKK@MinDef:

SEMASA PEMILIHAN AWAL, SAUDARA PERLU MEMAKLUMKAN KEPADA TIM PENGAMBILAN BERKENAAN PERKARA TERSEBUT. SAUDARA AKAN DIPERIKSA DAN DITENTUKAN SAMADA BOLEH DISERAP ATAU TIDAK. HARAP MAKLUM


 3) MOHAMAD ANUAR BIN ABDULLAH  (Khamis, 23/10/2014)

Assalamualaikum..soalan saya adakah pihak kerani disetiap unit tahu tentang publikasi stpm, skm Dan diploma bagi llp kerana urusan yang di buat tidak dilayan dan mungkin oleh sebab mereka tidak pasti dan sebagainya. Mohon penjelasan ataupun bukti kepada setiap unit bagi memudahkan urusan bersama..terima kasih


 UKK@MinDef:

SAUDARA PERLU MERUJUK KEPADA KETUA KERANI DAN BUKANNYA KERANI DOKUMEN. SEKIRANYA KURANG JELAS BOLEH BERTANYA KEPADA AJUTAN PASUKAN. HARAP INI DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH


 4) MUHAMMAD SHAHRIZAL BIN SAPUAN  (Khamis, 23/10/2014)

Salam saya telah terpilih menjalani rekrut 6 bulan di pusasda mengapakah minyak angin tidak dibenarkan bawa kesana????


 UKK@MinDef:

MINYAK ANGIN CAP APA YANG SAUDARA BAWA?


 5) MUHAMMAD SHAHRIZAL BIN SAPUAN  (Khamis, 23/10/2014)

Salam saya telah terpilih menjalani rekrut di pusasda,saya ingin bertanyakan mengapakah minyak angin tidak boleh dibawa bersama.adakah akan diberi setelah berada disana nanti???sila maklumkan kepada saya secepat mungkin terima kasih....


 UKK@MinDef:

MINYAK ANGIN CAP APA YANG SAUDARA BAWA DAN DIPEROLEHI DARIPADA MANA?


 6) MOHAMMAD FITRY  (Rabu, 22/10/2014)

Asalammualaikum apa maksud calon simpanan ... Tolong beri maklumat penuh... Tq


 UKK@MinDef:

SEKIRANYA ANDA ADALAH CALON SIMPANAN UNTUK SIRI BULAN NOV 2014, MAKA PIHAK KAMI AKAN MEMANGGIL ANDA UNTUK MELAPOR DIRI KE PUSASDA PADA BULAN MAC @ JUN 2015. KEPERLUAN UNTUK SETIAP SIRI ADALAH SERAMAI 1500 CALON. ANDA PERLU MENUNGGU SURAT PANGGILAN UNTUK SIRI AKAN DATANG. PERKARA TELAH DITAKLIMATKAN KEPADA SETIAP CALON SEMASA MENGHADIRI PEMILIHAN AKHIR TEMPOH HARI. HARAP MAKLUM & TERIMA KASIH.


 7) SHAH  (Selasa, 21/10/2014)

Salam Admin. Sy akn mjalani latihan d pusasda 8november ini dan filem xray sy tdapat sdikit calar bhagian luar. Masih bole di terima pakai lg x filem xray sy tu?


 UKK@MinDef:

CALAR SEDIKIT TETAPI MASIH BOLEH DI LIHAT/BACA OLEH DOKTOR DIBENARKAN. SEKIRANYA CALAR TERUK DAN TIDAK BOLEH DIBACA OLEH DOKTOR MAKA DISARANKAN BUAT SEMULA. HARAP MAKLUM


 8) FARID BIN MAT PIRU  (Isnin, 20/10/2014)

Assalamualaikum.sy sudah cek penyerahan perajurit muda tentera darat,tetapi sy anggota simpanan,bila surat akan sampai pada saya,saya diberi tahu surat akan sampai awal bulan 11,


 UKK@MinDef:

SEKIRANYA ANDA ADALAH CALON SIMPANAN UNTUK SIRI BULAN NOV 2014, MAKA PIHAK KAMI AKAN MEMANGGIL ANDA UNTUK MELAPOR DIRI KE PUSASDA PADA BULAN MAC @ JUN 2015. KEPERLUAN UNTUK SETIAP SIRI ADALAH SERAMAI 1500 CALON. ANDA PERLU MENUNGGU SURAT PANGGILAN UNTUK SIRI AKAN DATANG. PERKARA TELAH DITAKLIMATKAN KEPADA SETIAP CALON SEMASA MENGHADIRI PEMILIHAN AKHIR TEMPOH HARI. HARAP MAKLUM & TERIMA KASIH.


 9) SAMSUL  (Isnin, 20/10/2014)

Assalammualaikum! pertanyaan saya bekerja sebagai Tukang K2 R11 /Mekanil Kereta Motor sah lantikan 15.01.03 . Pertanyaan ? Saya berkelulusan SPM mempunyai Sijil Kemahiran Tahap 3 JURUTEKNIK MEKANIK KERETA MOTOR (MLVK) dan bekas pengajar kemahiran IKBN telah menduduki Kursus Induksi Pegawai Pengesah Dalaman (PPD). Soalan , apakah benefit yang boleh saya perolehi dengan kelulusan yang sedia ada memandangkan bidang pengkhususan ini tidak ramai yang kerani tahu prihal standard kelulusan SKM. Sekian Belia 4 B Bukit Sekilau Kuantan Pahang.


 UKK@MinDef:

SALAM SAUDARA. MAAF SOALAN TIADA KAITAN DENGAN PORTAL KEMENTERIAN PERTAHANAN. HARAP MAKLUM


 10) MUHAMMAD HARIZ BIN AZIZ  (Ahad, 19/10/2014)

Salam 1 malaysia...nak tanya sikit ni..apa cerita prajurit muda bagi simpanan ogos?? x dek khabar berita pun...sekarang ni dah nk bulan 11 dah...tunggu punya tunggu...masih xdek berita juga x tahu nk kata apa...


 UKK@MinDef:

SALAM SAUDARA. KERJAYA SEBAGAI TENTERA MEMERLUKAN KECEKALAN HATI SERTA KESABARAN YANG TINGGI. KEHIDUPAN PERAJURIT BANYAK DUGAAN DAN HALANGAN INI ADALAH TIDAK LAIN TIDAK BUKAN TETAPI MENYEDIAKAN SEORANG TENTERA YANG MANTAP DIMANA SETIAP TENTERA DIAMANAHKAN UNTUK MEMIKUL TANGGUNGJAWAB MEMPERTAHANKAN NEGARA. HARAP MAKLUM


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 100 101 102 103 104 105 106 107 108 109 110 111 112 113 114 115 116 117 118 119 120 121 122 123 124 125 126 127 128 129 130 131 132 133 134 135 136 137 138 139 140 141 142 143 144 145 146 147 148 149 150 151 152 153 154 155 156 157 158 159 160 161 162 163 164 165 166 167 168 169 170 171 172 173 174 175 176 177 178 179 180 181 182 183 184 185 186 187 188 189 190 191 192 193 194 195 196 197 198 199 200 201 202 203 204 205 206 207 208 >>

Kembali